LIFE

Posted by : Irene Sulastrie
Assalamualaikum semua.. Korang semua sihat?? Harap korang semua sihat walafiat k.. Amin..
Tepat pukul 4.03 a.m aku update blog aku nie. Sebabnya rasa dah berabad dah x update sebab busy dengan study. Yer lah.. Sekarang dah sem 3. Bukan macam sem 1 dan 2 dah. Makin lama makin susah lah kan.. Perjalanan hidup. Tak selamanya kita akan rasa senang. Tak selamanya kita di hadapan. Bukan semua jalan tu lurus. Cuba kita bayangkan kalau dekat dunia nie semuanya mudah. So,maksudnya manusia nanti semuanya tak ada masalah kan. Better kita bangkit dari tidur,berpijaklah di bumi yang nyata. Kalau nak maju tu yang susah kita lawan dengan usaha. Mana yang payah tu kita atasi ia dengan upaya. Dan jangan sesekali kita lupa. ALLAH kan ada...Berdoalah kepadaNYA.



Panjang mukadimahnya kan. Tak apa lah.. Just berkongsi pengetahuan yg ada. Subuh-subuh nie tulis pasal kehidupan nie bersebab. Umur ku semakin meningkat. Tahun nie aku dah 19 tahun. So,boleh di cakapkan terlebih umur dah lah kan even still muda lagi. Bila umurku mencecah 19 tahun nie baru aku betul-betul sedar bahawa hidup di dunia nie bersebab. Dan hidup di dunia nie bukannya sesenang yang di sangka. Kalau korang perasan dari kecil lagi kita dah start berusaha. Berusaha apa?? Kita berusaha untuk belajar berjalan,bercakap,menulis,membaca. Semua tu pun merupakan satu cabaran dalam hidup kita right?? Kalau kita tak berusaha nak buat benda tu,mustahil kita yg cukup sifat nie mampu berjalan,bercakap,menulis,membaca. Tu lah aku. Baru hari nie aku sedar semua tu. Nampak tak betapa alpa dan lalainya aku.

Dalam pemusafiran hidup yang singkat ini,sering diri ini melemah, sering diri ini tercalar teruk. Sering akal waras dan iman ini tertewas di soal hati.. Semua ini berlaku untuk mengajar aku erti tabah. Supaya aku sedar,bangun dari mimpi hidup hanya terkadang indah.
Mengapa aku harus mengalah pada dugaan aku menyerah???
Bila mula semester 3 nie terserlah lah kepayahan yang akan ku lalui. Sepertinya aku cakap. Tak selama-lamanya kita akan senang. Nasihat chef aku still terbayang-bayang lagi dalam kepala otak nie lebih-lebih lagi bila nak masuk tidur. Dia cakap
 " Korang tengok masa akan datang siapa yang akan maju dan siapa yang akan tercicir ketinggalan di belakang." " Dan bilan end of semester berapa orang jer yang akan tingggal??

 Kuatkan hati,tabahkan diri,cakap dengan diri sendiri yang kita mampu buat walaupun dengan perlahan-lahan. 




2 comments :

Busyra Bt Takiyudin said...

solat itu sngatlah penting dlm kehidupan. 1 kewajipan. slamat hari raya. :)

м¡sђ. oŁξи said...

thats correct... :) Selamat hari raya juga.. :)